Isnin, 28 Mei 2012

PENGALAMAN YANG MENGAJAR ERTI KESABARAN ...

SALAM...

hye.... ^____^
sudah lama tidak berbelog...hari ini, baru rasa macam free2 je....
sedar tak sedar, dah hampir 3 bulan, sy jadi guru praktikal di smkdoj....
banyak pengalaman, suka dan duka di antara guru dan juga pelajar...
dari sini juga, sy belajar macam mana nak kawal pelajar2 yang kadang2, agak bising mulutnya di samping banyak 'pergerakkan' yang berlaku semasa sesi pengajaran...
'pergerakkan' yang dimaksudkan tu, pelajar tak reti nak duduk diam...almaklumlah, ajar budak form 1...
tapi, kadang2 kelakar sangat tengok mereka2 ni...macam2 hal...
ditambah pula, kadang2 ada berlaku kes2 yang tak diingini yang berlaku...
selalu terfikir...kenapa budak2 jadi macam tu???
apakah mereka kekurangan kasih sayang di rumah??? ya, kebanyakkan para pelajar, 
jadi macam tu, disebabkan kurang perhatian ibubapa sebab faktor ibu bapa yang selalu busy...
jadi, bila di sekolah, macam2 yang jadi...
bila lihat rakan2 seperjuangan sy yang praktikal di sekolah lain, ada yang dapat sekolah yang baik2 je pelajarnya...yang seperti dahagakan ilmu...jadi, guru2 jadi lebih semangat!
ada juga rakan2 sy, dapat sekolah yang lebih kurang macam sy...tapi, itu sebagai satu cabaran!
sy pun, rasa bersyukur sangat sebab dapat lihat para pelajar macam ni, sekurang-kurangnya, ia menjadi pengalaman bagi sy... yang penting, ajar mereka dengan niat yang ikhlas dan Lillahita'ala!

 kesian lah tengok mereka2 ni... walaupun kadang2 kenakalan tahap gaban...betul2 menguji kesabaran...
teringat lagi, relief kelas semuanya boy je... dua kali relief kelas tu time dah nak balik (masa ke 9)
tuhan je yang tahu betapa 'hyper'nya budak2 ni...hahaha!
loceng berdering "kringgggggggggggggggggggggg!"
budak2.. " horeyyyy!!!!" sambil melompat lompat keriangan dan kerusi melayang sana sini~ adoyaiii...cikgu yang naik ponig dehhhh.... memang tak bolah dah nak handelll..... =D

bila di kelas, pelajar jadi separuh sebab, sy ajar kemahiran hidup, jadi pelajar senang nak kawal...tapi itu pun ada masa senang, ada masa susah... huhu...apa2 pun, semuanya best!
mesti ada hikmahnya sy pilih sekolah ini....

^_^v